Melaka, sebuah bandar bersejarah yang kaya dengan budaya dan sejarah, turut dikenali sebagai destinasi yang menawarkan pelbagai hidangan tempatan yang lazat. Berikut adalah senarai tempat Makan tengahari di Melaka.
Tidak kira sama ada anda seorang penggemar makanan laut, makanan jalanan, atau hidangan tempatan, Melaka mempunyai sesuatu yang tidak akan dilupakan untuk semua pengunjung di Melaka.
Makan tengahari merupakan kebiasaan bagi seorang manusia. Kadangkala menjadi satu masalah untuk kita mencari lokasi makan tengahari yang sedap di Melaka.
Ketika tiba waktu makan tengahari, pelancong dan penduduk tempatan dapat menikmati pelbagai hidangan yang lazat dan memikatkan. Dalam artikel ini, kita akan menjelajahi beberapa hidangan makanan tengahari menarik di Melaka.
1. Makan tengahari di Melaka Restoran Lot 85
Salah satu port makan tengahari yang menarik di Melaka adalah di Restoran Lot 85. Ianya terletak hanya 10 minit dari Dataran Pahlawan, restoran ini terkenal dengan asam pedas daging tetel yang luar biasa. Ada banyak pilihan lauk di sini, tetapi yang sering menjadi pilihan semestinya asam pedas & kari kepala ikan.
Selain daripada itu, terdapat juga menu nasi beriani kat sini. Ianya kelihatan seperti kedai makan biasa tetapi fokus utama mereka ialah nasi campur dengan pelbagai jenis lauk untuk dipilih. Tetapi memandangkan ianya negeri Melaka, mereka mempunyai pelbagai jenis asam pedas untuk dipilih. Jika anda tidak suka asam pedas atau nasi campur, mereka juga menghidangkan nasi beriani dan nasi ayam yang sedap.
Restoran ini boleh dikatakan antara kedai ‘legend’ di kalangan rakyat Melaka. Restoran ini terletak di Jalan Durian Daun dan berdekatan dengan Maktab Perguruan Perempuan Melaka. Selain itu, restoran ni mempunyai hidangan istimewa yang tidak boleh dilepaskan adalah burger yang padu. Ada banyak pilihan burger dan burger kejunya memang mantap.
Isnin | 9 am- 5 pm |
Selasa | 9 am- 5 pm |
Rabu | 9 am- 5 pm |
Khamis | 9 am- 5 pm |
Jumaat | 9 am- 5 pm |
Sabtu | 9 am- 5 pm |
Ahad | Tutup |
2. Makan tengahari di Melaka @Warung Pak Enal
Antara port makan tengahari yang menarik adalah di Warung Pak Enal. Nasi campur adalah sajian utama di Warung Pak Enal. Lauk pauk yang banyak sehingga susah nak buat pilihan. Selain daripada itu, ditambah pula dengan adanya sup ayam atau sup kambing yang boleh dijadikan penambah perasa dalam makanan tengahari anda.
Di samping itu, anda juga boleh menikmati air Coconut Shake untuk penyejuk tekak. Walaupun ianya nampak simple dan ringkas tetapi banyak pilihan. Dari segi rasa makanan, memang lazat dan sedap! Tidak berlebihan dan tidak kurang rasanya. Bukan hanya makan tengahari, sarapan pagi pun boleh didapatkan di sini.
Lokasi Warung Pak Enal ini mudah dikenalpasti kerana ianya terletak berhampiran antara Bukit Katil ke Duyong. Kalau anda singgah ke Warung Pak Enal pada waktu tengahari, memang cukup ramai pengunjungnya. Kadangkala terdapat juga bas-bas pelancongan yang singgah ke warung tersebut. Jangan terkeliru dengan nama warung sebab Warung Pak Enal ini agak besar dan setanding sebuah restoran.
Isnin | 8:30 am- 4 pm |
Selasa | 8:30 am- 4 pm |
Rabu | 8:30 am- 4 pm |
Khamis | 8:30 am- 4 pm |
Jumaat | 8:30 am- 4 pm |
Sabtu | 8:30 am- 4 pm |
Ahad | 8:30 am- 4 pm |
3. Makan tengahari di Melaka @Asam Pedas Selera Kampung
Melaka sememangnya terkenal dengan asam pedasnya. Dikenali secara meluas untuk masakan asam pedas, di sini di Asam Pedas Selera Kampung, resipi asal masam ikan jenahak pedas khas dihidangkan dengan nasi panas bersama-sama dengan 10 pelbagai ulam-ulaman. Hidangan lain juga disediakan mengikut pilihan dan cita rasa pelanggan.
Ikan asam pedas ini mempunyai rasa kemasaman kuah dan kelembutan ikan yang akan membangkitkan selera anda. Selain itu, hidangan rendang ayam juga mesti cuba. Rendang ayam disediakan menggunakan kari pedas dan santan pekat untuk membawa keluar rasa aromatik dan lazat.
Restoran ini sentiasa dipenuhi orang. Menu yang wajib dicuba di sini adalah daging salainya. Ianya merupakan pilihan ramai orang. Memang terbaik! Restoran Asam Pedas Selera Kampung ni terletak di tengah-tengah bandaraya Melaka, berhampiran dengan Dataran Pahlawan.
Isnin | 9 am- 5 pm |
Selasa | 9 am- 5 pm |
Rabu | 9 am- 5 pm |
Khamis | 9 am- 5 pm |
Jumaat | 9 am- 5 pm |
Sabtu | 9 am- 5 pm |
Ahad | 9 am- 5 pm |
4. Nasi Ayam Hijrah Sari
Jika anda peminat tegar nasi ayam, anda perlu cuba nasi ayam di Restoran Hijrah Sari ini. Setelah anda cuba pasti anda akan tahu dan faham kelainan atau keistimewaannya berbanding dengan kedai nasi ayam yang lain. Memang sangat sesuai dan disyorkan untuk dimakan pada waktu tengahari.
Terletak di Sungai Udang, Restoran Hijrah Sari Nasi Ayam Hailam ini antara restoran nasi ayam yang sedap dan murah di Melaka. Walaupun ramai pelanggan, servis di restoran ini boleh tahan laju dan tak perlu tunggu lama untuk menikmati keenakan nasi ayamnya.
Ada pilihan ayam panggang dan ayam kukus (steam) selain sup kaki ayam sebagai pelengkap hidangan. Cumanya disarankan untuk datang awal, disebabkan pukul 4 petang berkemungkinan semua dah habis licin.
Isnin | 10 am- 5 pm |
Selasa | 10 am- 5 pm |
Rabu | 10 am- 5 pm |
Khamis | 10 am- 5 pm |
Jumaat | 10 am- 5 pm |
Sabtu | 10 am- 5 pm |
Ahad | Tutup |
5. Hajah Rahmah Haji Ibrahim Kari Kepala Ikan
Gerai Hajah Rahmah Binti Haji Ibrahim adalah salah satu kedai yang menyediakan pelbagai jenis masakan untuk hidangan makan tengah hari. Kedai ni speciality dia mmg Kari Kepala Ikan, tapi dia ada buat asam pedas jugak tau jadinya kepada penggemar asam pedas anda jangan lepaskan peluang untuk menikmati kedua-dua hidangan ini.
Kedai makan ni berdekatan dengan Bukit Katil Melaka 30 minit dari Plaza Toll Ayer Keroh. Pelbagai jenis lauk yang dijual di kedai ini. Asam pedas yang pelbagai dan rasanya yang enak serta harga yang berpatutan jadinya memang wajib korang cuba bila singgah ke Melaka.
Selain itu, terdapat juga goreng pisang panas dan buah potong sebagai pencuci mulut. Harga juga berpatutan mampu dicuba untuk semua golongan kerana terdapat pelbagai pilihan lauk yang menarik.
Isnin | 10:30 am- 5 pm |
Selasa | 10:30 am- 5 pm |
Rabu | 10:30 am- 5 pm |
Khamis | Tutup |
Jumaat | 10:30 am- 5 pm |
Sabtu | 10:30 am- 5 pm |
Ahad | 10:30 am- 5 pm |