Tempat makan malam di Melaka sering menjadi kebimbangan untuk pengunjung mencuba masakan di Melaka. Apabila matahari terbenam dan bandar Melaka dihiasi dengan cahaya gemerlap lampu, ia tidak hanya menyambut pengunjung dengan sejarah dan budaya, tetapi juga dengan hidangan makan malam yang mengasyikkan.
Melaka merupakan bandar warisan dunia yang terkenal dengan sejarah, budaya, dan juga kelazatan masakannya. Dalam artikel ini, kami akan membimbing anda melalui beberapa hidangan makan malam yang menarik dan tidak boleh dilepaskan di Melaka.
1. Asam Pedas Pasar Borong Bt Berendam
Kalau ke Melaka, memang tak sah kalau tak makan asam pedas sebabnya negeri ini memang sudah sinonim dengan asam pedas. Asam Pedas adalah hidangan kuah yang pedas dan masam. Ia sering disajikan dengan ikan merah, pari, atau cencaru, dan makanan ini sangat sesuai dimakan dengan nasi panas.
Tak terkira banyaknya restoran dan gerai di bandar raya Melaka dan kawasan sekitarnya. Restoran ini terletak di bahagian belakang Pasar Borong dan yang lebih menarik lagi adalah kawasan parkirg dan tempat duduk pelanggan juga luas dan selesa.
Sekiranya anda ingin mencari kedai makan malam di Melaka yang mempunyai pelbagai jenis asam pedas. Di sini lah tempatnya. Beraneka jenis ikan, daging tetel, telur ikan dan lain-lain. Kalau suka kuah asam pedas yang cair sedikit dan teringin nak hirup kuahnya, inilah tempatnya!
Isnin | 6 pm- 3 am |
Selasa | Tutup |
Rabu | 6 pm- 3 am |
Khamis | 6 pm- 3 am |
Jumaat | 6 pm- 3 am |
Sabtu | 6 pm- 3 am |
Ahad | 6 pm- 3 am |
2. Qasreena Cafe
Qasreena Cafe beroperasi sejak tahun 2006 adalah antara tempat yang sentiasa menerima kunjungan pelanggan yang ramai. Hiasan yang simple dan santai telah menarik minat pelanggan untuk berkunjung di kafe ini. Kafe yang berkonsepkan English style ini juga kelihatan unik dan berbeza dengan kafe yang lain.
Selain itu, Qasreena Cafe juga mempunyai banyak pilihan makanan. Sekiranya anda singgah di Qasreena Cafe ada satu menu pedas yang wajib anda pesan adalah mee racun. Namanya sahaja sudah menarik, bayangkanlah rasanya sendiri.
Selain dari Mee Racun, kafe ini juga menyajikan beraneka jenis makanan seperti Mee Mawi Berapi, Mee Kungfu Hustle, Mee Basah di Puncak. Ada juga Nasi Goreng Ayam di Bali, Nasi Goreng Shah Rukh Khan, makanan Western yang enak dan pelbagai lagi.
Isnin | 8 am- 10 pm |
Selasa | 8 am- 10 pm |
Rabu | 8 am- 10 pm |
Khamis | 8 am- 10 pm |
Jumaat | 8 am- 10 pm |
Sabtu | 8 am- 10 pm |
Ahad | Tutup |
3.Restoran Klasik Terapung (Tomyam Klasik)
Restoran Klasik Terapung merupakan sebuah restoran yang bertapak di Sungai Putat, Melaka. Disini menyediakan pelbagai menu seperti masakan Melayu, Thai, Cina dan Barat. Restoran ini juga telah diubahsuai dengan berkonsepkan klasik .
Bagi mereka yang ingin menikmati hidangan kuah tomyam yang lazat bersama keluarga tersayang, kedai makan yang luas ini adalah tempat yang sesuai untuk menjamu selera. Restoran ini terapung atas air dan terkenal dengan tomyam dan siakap tiga rasanya. Tempat parking kereta juga luas dan surau juga disediakan.
Restoran ini juga direka khas dengan berkonsepkan ala-ala klasik dengan pelbagai ukiran kayu dan gazebo bagi menarik ramai pengunjung untuk datang ke restoran ini. Dengan rekaan restoran yang cukup cantik dan unik, ia dapat menarik ramai pelanggan untuk bergambar dan selfie terutamanya di pintu masuk restoran.
Isnin | 4 pm- 11:30 pm |
Selasa | 4 pm- 11:30 pm |
Rabu | 4 pm- 11:30 pm |
Khamis | 4 pm- 11:30 pm |
Jumaat | 4 pm- 11:30 pm |
Sabtu | 4 pm- 11:30 pm |
Ahad | 4 pm- 11:30 pm |
4. Cengkerang Seafood Jumble
Salah satu restoran shell out di Melaka yang wajib anda serbu ialah Cengkerang Seafood Jumble. Restoran makanan laut ini menyajikan hidangan di atas meja dan dilapik dengan kertas. Makanan laut yang segar dan berkualiti tinggi. Tempat yang agak tersembunyi tetapi pemandangan indah dengan kolam di hadapan.
Antara pilihan makanan laut yang disediakan adalah udang, oyster, lobster hidup, sotong, kepah, dan ketam nipah hidup. Untuk ketam, King Crab yang bersaiz besar juga turut disediakan. Harga setiap makanan laut ini berlainan, namun berpatutan dengan kualitinya.
Mereka juga memberi anda sarung tangan untuk dipakai. Restoran ini sangat disyorkan untuk penggemar makanan laut. Makanan laut yang pelbagai, harga yang berpatutan, suasana yang menarik dan perkhidmatan yang baik.
Isnin | Tutup |
Selasa | 5 pm- 11 pm |
Rabu | 3 pm- 11 pm |
Khamis | 3 pm- 11 pm |
Jumaat | 5 pm- 11 pm |
Sabtu | 1 pm- 11 pm |
Ahad | 1 pm- 11 pm |
5. Restoran Sate R&K
Sate merupakan hidangan khas Indonesia yang dikenali oleh ramai dan juga boleh ditemui di Melaka. Restoran Sate R&K ni menjadi tempat wajib untuk korang yang nak rasa sate yang juicy dan sedap. Daging sate yang lembut dan dibakar dengan sempurna ini memang enak dinikmati bersama kuah kacang yang cukup menggamit selera.
Restoran Sate R&K adalah destinasi yang wajib untuk peminat sate. Harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi dengan kualiti satenya, memang rugi jika anda tak cuba. Sate ayam, daging, atau kambing yang dipersiapkan dengan rempah ratus khas, setiap gigitan pasti memberi kenikmatan.
Di samping itu, disini juga mempunyai pelbagai menu makanan panas yang boleh dipesan seperti nasi goreng paprika, nasi goreng usa dan nasi goreng kampung. Kepada penggemar-penggemar sate di luar sana, bolehlah berkunjung ke sini apabila melancong ke Melaka.
Isnin | 4 pm- 10 pm |
Selasa | 4 pm- 10 pm |
Rabu | 4 pm- 10 pm |
Khamis | 4 pm- 10 pm |
Jumaat | 4 pm- 10 pm |
Sabtu | 4 pm- 10 pm |
Ahad | 4 pm- 10 pm |