Tempat makan paling sedap di Laksa Kuala Kangsar
Tempat makan laksa paling sedap di Kuala Kangsar.
Laksa Kuala Kangsar adalah salah satu variasi Laksa yang popular di Malaysia dan merupakan salah satu hidangan ikonik di Kuala Kangsar, Perak.
Dalam hidangan ini, laksa tepung diletakkan dalam mangkuk dan disiram dengan kuah yang dibuat daripada ikan kembung dan rempah-rempah seperti serai, kunyit, dan cili kering. Ikan biasanya dimasak dan ditumbuk sehingga halus sebelum dicampurkan dengan kuah.
Yang membezakan Laksa Kuala Kangsar adalah penambahan udang geragau, sejenis udang kecil yang memberikan rasa yang kaya dan sedap kepada kuah. Kuah laksa Kuala Kangsar ini biasanya lebih cair berbanding dengan jenis laksa lain dan ia memiliki rasa yang masam dan masin.
Hidangan ini kemudian dihiasi dengan ulam seperti timun, bawang, dan daun selom. Sering kali, ia juga disajikan dengan telur rebus dan sambal belacan di sisi.
Laksa Kuala Kangsar adalah hidangan yang sangat popular dan boleh didapati di banyak gerai makanan dan restoran di Kuala Kangsar.
Laksa di sini terkenal dengan laksa tepung gandum atau tepung beras.
Ini adalah senarai kedai yang sedap dan terkenal yang boleh anda cuba jika berpeluang berkunjung ke sini.
1. Laksa sedap di Kuala Kangsar Laksa Pak Omar
Salah satu kedai laksa yang legend dan tidak di ketahui ramai ialah Laksa Pak Omar yang terletak di kampung Lubuk Merbau Kuala Kangsar.
Lokasi kedai Laksa Pak Omar terletak di sebelah kiri jalan sebelum ke kedai Laksa Lubuk .
Akan nampak signboard di tepi jalan.
Sila Klik Peta Di Bawah Untuk Ke Lokasi
2. Laksa Sedap di Kuala Kangsar Laksa Hentian Kekabu
Fenomena laksa telor goreng sarang seluruh Malaysia dua tiga tahun ini dimulakan dari Bandar DiRaja Kuala Kangsar, bermula dari Kedai Laksa Pokok Limau, dipanjangkan oleh kedai Laksa Hentian Kekabu.. sehinggalah menu ini menular.
Menular ke serata warung, gerai dan restoren2, walau macamana pun, rahsianya bukan terletak dari cara pembuatan telor goreng tu, tapi keunikan rasa kuahnya yg pekat dan kurang hanyir sesedap rasa sehinggakan tak perlu ditambah lain2 bahan perasa penyedap lagi…
Kampung Kledang, Kota Lama Kanan 33040 Kuala Kangsar, Perak
Sila Klik Peta Di Bawah Untuk Ke Lokasi
3. Laksa Sedap di Kuala Kangsar Laksa Pokok Limau
Sila Klik Peta Di Bawah Untuk Ke Lokasi
4. Laksa Sedap di Kuala Kangsar Warung Pak Menawer
Antara KILLER menu kedai makan yang ada menjual laksa.. dan anda kena mencuba nya.
- Laksa
- Mee Bandung Udang Galah
- Mee Hailam
Warung Pak Menawer (Mee Bandung Udang Galah)
Waktu Operasi :
Setiap Hari
7.00 am – 4.00pm
JUMAAT CUTI
107, Kampung Sungai Ati, 33700 Padang Rengas, Perak
Sila Klik Peta Di Bawah Untuk Ke Lokasi
5. Laksa Menora D'Higway Kuala Kangsar
Antara KILLER menu, kedai makan ini ada menjual laksa.. dan anda kena mencuba nya.
- Laksa Telur Sarang
- Mee Rebus
- Mee Kari
- Mee Bakso
- Bihun Sup
- Mee Goreng
- Kuih Muih
Laksa Menora D’Higway Kuala Kangsar
Waktu Operasi :
Setiap Hari
2.00 pm – 6.00pm
Sila Klik Peta Di Bawah Untuk Ke Lokasi
6. Warong Kak Yan Manong ( Mesti Cuba )
Kalau kome sampai ke kuala kangsar…tak kira laa kome dari Manjung , Teluk Intan dari Hilir Perak la senang cerita, Kome mesti lalu ikut pekan Manong.
Kome google maps je ” Gerai Kak Yan Mee Kari Manong “
Antara KILLER menu, kedai makan ini ada menjual laksa.. dan anda kena mencuba nya.
- Laksa Pulas / Licin 2 jenis laksa
- Nasi Ayam
- Mee Kari
- Mee Udang
- Bihun Sup
- Mee Jawa
- Kuih Muih
Mee Jawa
ABC dan Soya Cincau
Gerai Kak Yan Mee Kari Manong
Waktu Operasi :
Isnin Cuti
Hari : Selasa – Ahad
2.00 pm – 6.00pm
Sila Klik Peta Di Bawah Untuk Ke Lokasi
7. Warong Anjung Cik Piah Lubuk Merbau ( Mesti Cuba )
Gambar kedai Warung Anjung Cik Piah Lubuk Merbau
Kalau kome sampai ke kuala kangsar…tak kira laa kome dari Grik , atau dari Kuala Lumpur nak ke Grik, kome mesti lalu ikut Highway Kuala Kangsar – Grik.
Kome google maps je “Laksa Kembor Lubuk Merbau” ..tapi ni bukan kedai dia.
Lokasi kedai Warung Anjung Cik Piah ialah bertentangan kedai “Laksa Kembor Lubok Merbau” kome jangan salah kedai plak…
Sebabnya warung ni tak ada dalam google maps jadi admin tak dapat nak letak kan lokasi nya. Jadi admin letak lokasi kedai laksa kembor tu…
Warung ni tepi jalan je…macam dalam gambar di atas…
Antara KILLER menu, kedai makan ini ada menjual Mee Rebus.. dan Cucur Udang, anda wajib mencuba nya.
- Laksa Licin
- Mee Rebus
- Bihun Sup
- Cucur Udang ( Power )
Warung Anjung Cik Piah Lubuk Merbau Kuala Kangsar
Waktu Operasi :
Isnin Cuti
Hari : Selasa – Ahad
3.00 pm – 7.00pm
Lokasi kedai Warung Anjung Cik Piah ialah bertentangan kedai “Laksa Kembor Lubok Merbau” kome jangan salah kedai plak…
Sila Klik Peta Di Bawah Untuk Ke Lokasi
8. Laksa Lubuk
Rasa laksa ini sangat padu, masam dan pedas, sesuai dengan selera penduduk tempatan.
Waktu Operasi :
Sunday | 10 am–7 pm |
Monday | 10 am–7 pm |
Tuesday | Closed |
Wednesday | 10 am–7 pm |
Thursday | 10 am–7 pm |
Friday | 10 am–7 pm |
Saturday | 10 am–7 pm |
Phone: 05-776 8875