Ad imageAd image

Tempat makan sedap dan best di Ipoh

Makan Best Malaysia 4.9k Views
14 Min Read

Tempat makan best dan sedap serta viral di Ipoh,

Ipoh ialah sebuah bandar raya bukit yang terletak dalam daerah Kinta, dan merupakan Ibu negeri dan pusat pentadbiran Perak, Malaysia.

Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang Ipoh :

  1. Bandar Warisan: Ipoh adalah ibu negeri bagi negeri Perak dan terkenal dengan keindahan senibinanya yang bersejarah. Terdapat banyak bangunan lama dan warisan yang memperlihatkan kekayaan sejarah bandar ini.

  2. Kaya dengan Gua: Ipoh dikelilingi oleh rangkaian gua-gua yang menakjubkan. Gua Tempurung, salah satu gua terbesar di Asia Tenggara, terletak berhampiran dengan bandar ini dan menjadi tumpuan para pelawat.

  3. Makanan Klasik: Ipoh terkenal dengan hidangan makanan klasik yang lezat. Terdapat hidangan seperti Sar Hor Fun, dim sum, ayam taugeh, dan sup ayam. Jalan Sultan Yusuf (Concubine Lane) adalah tempat yang popular untuk menikmati makanan tradisional dan jajanan khas Ipoh.

  4. Koleksi Seni Jalanan: Ipoh juga mempunyai koleksi seni jalanan yang menarik. Jalan-jalan di sekitar bandar ini dihiasi dengan mural dan lukisan-lukisan yang mencerminkan kehidupan dan budaya tempatan.

  5. Heritage Trail: Ipoh mempunyai “Heritage Trail” yang membolehkan pelawat menjelajahi peninggalan sejarah dan bangunan bersejarah di sekitar bandar ini. Ia adalah cara yang baik untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah dan keunikan Ipoh.

  6. Pembuatan Kek dan Biskut: Ipoh terkenal dengan pembuatan kek dan biskut tradisional. Terdapat banyak kedai yang menjual kek dan biskut yang enak, seperti kaya puff, tau sar pneah, dan dodol.

Ipoh adalah sebuah bandar yang kaya dengan sejarah, seni, dan keindahan alamnya.

1. Nasi Ganja Kedai Kopi Yong Suan Ipoh

tempat makan best di ipoh

Restoran ini merupakan antara restoran yang paling selalu orang datang untuk merasai menu terkenal mereka iaitu Nasi Ganja.

Bukan itu sahaja, sesiapa saja yang datang makan di sini pasti pinggan mereka penuh dengan berbagai lauk-pauk dek kerana rambang mata untuk memilih. Kalau makan di sini memang akan kenyang seharian!

Alamat: 2, Jalan Yang Kalsom, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 4pm)

Sila klik Peta di bawah untuk ke lokasi Restoran

2. Mee Udang & Ketam Sempoiii Diraja Dan Masakan Thai

tempat makan best di ipoh

Chef Qairul Safwan (OWNER) dan Keluarga Mereka telah bekerjasama untuk membuka salah satu restoran makanan laut paling menarik di Tanjung Rambutan.

Keistimewaan kami adalah makanan laut yang enak yang dihasilkan dengan kepintaran dan semangat yang diilhamkan oleh rasa makanan laut yang hebat. Kami sangat berbangga dapat meningkatkan hidangan makanan laut kegemaran anda dengan cara baru dan kreatif.

Kalau datang ke sini, tanya dulu harga untuk 100 gram bagi setiap hidangan makanan laut anda. Harga-harganya berubah tiap-tiap hari mengikut harga pasaran. Kalau nak makan murah sikit, kenalah datang ketika musim sumber laut banyak di sini.

Waktu Operasi: 4.00 pm – 11.45 pm kecuali Selasa Tutup

Sila klik Peta di bawah untuk ke lokasi Restoran

3. Kedai makan best di Ipoh Restoran Claypot Raja Patin

tempat makan best di ipoh

Kedai yang telah tular di media sosial ini mungkin membuatkan anda perlu beratur terlebih dahulu, tetapi jangan risau, kesedapan makanan di sini akan membuatkan anda lupa akan kelelehan sewaktu beratur.

Apa kelainan daripada kedai lain dengan menghidangkan makanan di dalam talam. Anda boleh mendapatkan hidangan didalam talam di sini dengan harga serendah RM 35.

Selain itu, anda juga boleh memilih set talam untuk berkongsi dengan beberapa orang yang anda inginkan. Yang istimewanya, anda boleh mencampurkan hidangan barat dengan nasi didalam satu talam.

Anda perlu mencuba gabungan chicken chop, lamb chop, spaghetti dengan nasi goreng dalam satu hidangan di sini kerana memang berbaloi.

Waktu Operasi: 12.00 pm – 7.00 pm

Sila klik Peta di bawah untuk ke lokasi Restoran

4. Nasi Lemak Ayam Kampung Tempat Makan Menarik di Ipoh

 

 

Restoran ini merupakan tempat menarik di Ipoh
yang wajib dikungjungi untuk menikmati nasi lemak yang sangat sedap.
Satu keunikan nasi lemak di sini ialah sambalnya tidak terlalu pedas dan ada rasa manis yang tidak keterlaluan. Pendek kata, cukup rasa pada lidah orang kebiasaan. Kebanyakan menu di Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung adalah masakan Thailand.

 

 

 

Restoran ini bukan sekadar menawarkan nasi lemak ayam kampung paling sedap di Ipoh, tetapi pelbagai lagi menu lain yang sedap dan unik boleh didapati di sini. Pelanggan akan disambut oleh belut hidup di dalam akuarium. Selain daripada ayam kampung, belut juga merupakan menu istimewa yang jarang didapati di restoran lain. Pelbagai masakan menggunakan belut segar sebagai bahan utama boleh didapati di sini.

 

 

 

 

Restoran ini dibuka setiap hari bermula jam 3.30 petang hingga jam 2.00 pagi. Pastikan anda menikmati hidangan pencuci mulut yang disediakan seperti bubur manis yang terdiri dari kacang hijau bubur sagu, pengat pisang madu lebah, bubur pulut hitam, bubur jagung, bubur chaca dan banyak lagi.

 

Waktu Operasi : 3.30 petang hingga jam 2.00 pagi

Sila klik Peta di bawah untuk ke lokasi Restoran

5. Kedai makan sedap di Ipoh Restoran MySatay

tempat makan best di ipoh

-MySatay , satay padu di tengah pekan IPOH-
Jika berkunjung ke Ipoh, korang kena cuba sendiri kenikmatan satay jualan anak anak muda ni! 
 
 
 
 
 
Perapan satay & saiznya cukup puas hati ditambah pula kuah yang padu dan memikat selera. Macam gaya satay orang dulu dulu tau. 
 
Stall MySatay ni di Medan Selera Greenhill. Lokasi betul betul di hadapan Hotel Excelsior, Ipoh. Di sini ada satay ayam, daging, perut & kambing. Otak-otak pun ada, menarik kome.
 
 
 
 
 
Nak makan satay pun tenang sebab tempat luas & selesa. Hari minggu pula ada busking tau dekat sini!
 
 
Waktu Operasi: RABU – ISNIN 6petang-11malam.
SELASA CUTI.
 
Alamat : Medan Selera Greenhill, IPOH

Sila klik Peta di bawah untuk ke lokasi Restoran

6. Kedai makan sedap di Ipoh Nasi Royale Tok Ayah

tempat makan best di ipoh

 
 
Port sempoi punyer nak pekena Nasi Kandar !
Nasi Royale Tok Ayah yang begitu popular di kalangan pencinta Nasi Kandar disini. Ada beraneka jenis lauk-pauk yang disediakan.
 
 
Kalau dah namanya nasi kandar, memang wajiblah lauk-pauknya ada berbagai jenis kan ! Ditambah pula dengan kuah banjir dan sayur penuh pinggan, memang menyelerakan ! Surr wehh 
 
 
 
 
 
 
 
 
Antara lauk kari yang boleh korang cuba ialah, ayam royale, sotong royale dan cuba juga kari kambing dan daging masak hitam pasti memikat.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Jangan risau, kedai ini memang dipuji ramai. Menurut ramai pelanggan kebersihan restoran terjaga. Dari segi harga pula, sangat berpatutan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Dinasihatkan agar korang datang awal kerana selalunya ramai pelanggan jadi terpaksa berbaris. Biasalah, nasi kandar kan kegemaran orang ramai 
The One and The Only Nasi Royale Tok Ayah
 
Waktu Operasi : 11.30am – 9pm ( Isnin Cuti )

Sila klik Peta di bawah untuk ke lokasi Restoran

7. D'Polo Cafe Lan's Catering

tempat makan best di ipoh

 
 
 
 
Mencari tempat makan tengahari yang mempunyai pelbagai jenis menu masakan,maka kami sarankan untuk ke D’Polo Café Lan’s Catering yang terletak berhadapan dengan Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Padang Polo,Ipoh.
 
 
 
 
 
 
 
 
D`Polo sebagai dewan apa2 majlis keraian,food court malam dan buffet berbuka puasa Ramadhan terbesar di Ipoh,untuk kali pertama D`Polo akan membuka Port Makan Tengahari Terbesar di Ipoh
 
 
 
 
 
 
 
Pelbagai aneka masakan melayu akan disediakan termasuk ikan dan kambing bakar (sotong moncit coming soon),lebih dari 70 jenis masakkan mengikut kata Abg Roslan kita dan akan ditambah dari masa ke semasa (max 120 jenis katanya)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Lemang dan rendang juga akan disediakan panas2,yang bestnya untuk air,kita cuma perlu bayar RM2 utk cup dan free refill dari pelbagai air balang yang akan disediakan,minum ler kome sampai kembung
 
Waktu Operasi : 11.00 pagi – 3.30 petang

Sila klik Peta di bawah untuk ke lokasi Restoran

8. Tempat makan menarik di Ipoh Le' Fleur

tempat makan best di ipoh

Korang datang ipoh taktau nak makan mana ?
Korang orang ipoh tapi tatau nak lepak-lepak santai kat mana ?
marilah makan-makan di Le’ Fleur.
 
 
 
 
 
 
Ada berbagai hidangan menarik seperti chicken chop, spaghetti, fish and chips, Croissant Sandwich, snack, dan lebih dari 16jenis Danish Rolls dan Croissant Dessert.
 
 
 
 
 
 
 
 
Banyak spot OOTD dalam kafe ni. Korang pilih je nak lepak di ruangan The Library, Workspace, The Mainplace, Socialite, The Signature ataupun OpenAir. Private Room pun ada ! Dilengkapi wifi pulak tu.
 
 
 
 
 
 
tempat makan best di ipoh
 
Waktu operasi : 9 pagi – 7 malam ( Setiap Hari )
 

Sila klik Peta di bawah untuk ke lokasi Restoran

9. Konda Kondi Cafe & Bistro

tempat makan best di ipoh

Korang datang ipoh taktau nak makan mana ?
Korang orang ipoh tapi tak tau nak lepak-lepak santai kat mana ?
 
 
Konda Kondi Cafe & Bistro adalah salah satu kafe yang popular di Ipoh, Perak. Kafe ini menawarkan suasana yang selesa, santai, dan bergaya hipster. 
 
 
 
 
 
Kafe ini juga menyediakan hidangan halal untuk pelanggan yang beragama Islam. Konda Kondi Cafe & Bistro juga dikenali sebagai tempat yang sesuai untuk berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan.
 
Kafe ini mempunyai ruang yang luas dan selesa, serta hiasan dalaman yang menarik dan unik. Pelanggan boleh mengambil gambar di sini sebagai kenangan atau untuk dikongsi di media sosial
 
 
 
 
 

Menu yang terdapat di Konda Kondi Cafe & Bistro Ipoh adalah seperti berikut:

  • Snacks & Appetizers: Mushroom Soup, Cheesy Fries, Fried Squid, Mashed Potato with Black Pepper Sauce, Nugget Tempura, Cheesy Wedges, Honey Chicken Wing, Teriyaki Chicken Wing, Nachos Macho’s Beef, French Fries, Spring Roll.
  • Main Items: Grilled Lamb Chop, Grilled Chicken Chop, Fish & Chips, Giant Dinner.
  • Local Dishes: Buttermilk Chicken Rice.
  • Spaghetti: Spaghetti Lamb, Spaghetti Carbonara Beef Strip, Spaghetti Creamy Beef Strip, Spaghetti Aglio Olio Seafood, Spaghetti Bolognese.
  • Beverages: Black Coffee, Tea O, Coffee, Milk Tea, Milo Tabur, Colo, Sirap.
  • Special Beverages: White Coffee.
  • Mocktails & Monin: Bandung Soda.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Waktu operasi :

 
Thursday5 pm–11:30 pm
Friday5 pm–12 am
Saturday5 pm–12 am
Sunday5 pm–12 am
Monday5 pm–11:30 pm
TuesdayClosed
Wednesday5 pm–11:30 pm
 
 
 

Sila klik Peta di bawah untuk ke lokasi Restoran

10. Tempat makan best di Ipoh Night Market

tempat makan best di ipoh

Ipoh Night Market adalah sebuah pasar malam yang terletak di Jalan Sultan Iskandar, Ipoh, Perak. Ia beroperasi setiap hari Sabtu dari pukul 4.00 petang hingga 1.00 malam. Ia menawarkan pelbagai jenis barangan dan makanan yang menarik dan murah.
 
 
 
 
 
 
 
Di Ipoh Night Market, anda boleh menemui pelbagai jenis pakaian, aksesori, kasut, beg, permainan, buku, cenderamata, dan lain-lain. Anda juga boleh menikmati pelbagai jenis makanan dan minuman yang sedap dan lazat, seperti nasi kandar, mee goreng, rojak, cendol, ais kacang, teh tarik, dan lain-lain. Anda juga boleh menonton persembahan kebudayaan dan hiburan yang disediakan oleh penjual-penjual dan pengunjung-pengunjung.
 
 
 
 
 
 
 
 
tempat makan best di ipoh
 
 
 
Ipoh Night Market adalah tempat yang sesuai untuk berbelanja dan berseronok bersama keluarga dan rakan-rakan. Anda boleh mendapatkan barangan dan makanan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Anda juga boleh merasai suasana yang meriah dan harmoni di sini.
 
 
 
 
 
 

Waktu operasi :

 
Thursday
  • 4 pm–1 am
 
 
Friday
  • 4 pm–2 am
 
 
Saturday
  • 4 pm–2 am
 
 
Sunday
  • 4 pm–2 am
 
 
Monday
  • 4 pm–1 am
 
 
Tuesday
  • 4 pm–1 am
 
 
Wednesday
  • 4 pm–1 am
 
Facebook Rasmi – Ipoh Night Market
 

Sila klik Peta di bawah untuk ke lokasi Restoran

Share This Article