Best ipoh night market, popular list night market in Ipoh
Ipoh Night Market adalah salah satu tarikan utama bagi pelancong dan penduduk tempatan untuk makan dan membeli barang.
Pasar malam ini bukan sahaja ada makanan Melayu, Cina dan India, tetapi juga makanan moden seperti burger, pizza, kebab, aiskrim dan lain-lain.
1. UpTown Ipoh ( Ipoh Night Market )
Lokasi
Ia terletak di kawasan Uptown, Jalan Sultan Azlan Shah Utara. Pasar ini terletak betul-betul depan dengan Aeon Kinta City Ipoh.
Pasar malam ini ada pelbagai gerai yang menjual pelbagai jenis barangan, termasuk makanan tempatan, minuman, barang kraf, dan pakaian.
Korang yang datang ke Ipoh dan tak tahu nak makan malam dekat mana, korang wajib pergi ke Uptown Ipoh pasar malam paling besar di Perak.
Antara Makanan Yang Ada Dijual
Disini adalah tempat yang sesuai untuk anda yang mencari makanan halal yang sedap dan harga patut.
Mesti cuba makanan Melayu seperti nasi ayam, nasi lemak, soto, rojak, dan satay. Ada satu kedai cukup viral dengan menu Tomyam yang power resepi tersendiri dari tauke kedai tersebut, ilham dari tomyam dari negara jiran Thailand.
Selain itu anda juga menu makanan India seperti roti canai, nasi briyani, dan teh tarik. Kalau suka western food, boleh pilih burger, pizza, dan lain-lain.
Uptown Ipoh Night Market juga adalah tempat yang seronok untuk bersosial dan hiburkan diri.
Pada setiap malam ada live busking daripada penggiat seni tempatan yang hiburkan pengunjung di pasar malam ini.
Aktiviti Selain Makan
Persembahan seni dan hiburan seperti nyanyian, tarian, silat, wayang kulit, dan lain-lain yang diadakan oleh penjual atau penduduk setempat.
Banyak juga jenis permainan dan aktiviti yang disediakan oleh penjual seperti tembak belon, mancing ikan, melukis inai, dan lain-lain.
Kemudahan Yang Disediakan
Yang amat menarik di pasar malam paling besar di Perak ini ia juga ada di sediakan seperti surau, cctv, medan selera dan tandas.
Apa yang paling penting terdapat wifi internet percuma di seluruh kawasan yang berkeluasan 69,000 kaki persegi tersebut.
Pasar ini adalah salah satu cara terbaik untuk mengenali Ipoh dengan lebih dekat dan tempat yang sesuai untuk semua lapisan umur dan minat.
Ia adalah tempat yang seronok dan healing serta tempat yang tidak boleh dilepaskan jika anda berkunjung ke Ipoh.
Klik sini : Facebook Rasmi Ipoh Night Market
Waktu Operasi :
Wednesday | 4 pm–12 am |
Thursday | 4 pm–12 am |
Friday | 4 pm–12:30 am |
Saturday | 4 pm–12:30 am |
Sunday | 4 pm–12:30 am |
Monday | 4 pm–12 am |
Tuesday | 4 pm–12 am |
Sila Klik Peta di Bawah Untuk Ke Lokasi
2. Ipoh Night Market Gerbang Malam Ipoh
Lokasi
Gerbang Malam Ipoh adalah pasar malam yang terletak di tengah-tengah bandaraya Ipoh.
Ianya terletak di Jalan Dato Tahwil Azar, Taman Jubilee, 30300 Ipoh dan di buka setiap hari dari jam 6 petang hingga 2 pagi.
Kalau korang berada di Ipoh, korang mesti singgah disini. Pasar ini menarik ramai pengunjung yang ingin menikmati suasana malam yang meriah dan pelbagai pilihan makanan dan barangan.
Jenis Perniagaan dan Jumlah Gerai
Gerbang Malam Ipoh mempunyai lebih dari 100 gerai yang menjual pelbagai jenis barangan dan makanan.
Antara barangannya seperti pakaian, kasut, aksesori, barang elektronik, mainan, dan banyak lagi di sini.
Anda juga boleh menawar harga dengan penjual untuk mendapatkan tawaran yang berbaloi.
Jika anda mencari barangan yang unik dan kreatif, anda boleh melawat pasar karat yang menjual barangan antik, koleksi, dan seni.
Pasar karat atau lebih di kenali sebagai Loken pula dibuka pada setiap hari Ahad bermula jam 7.00 pagi sehingga 1.00 petang di lokasi Jalan Horley, Kampung Jawa, Ipoh.
Jenis Barangan Yang Dijual
Kat sini selain makanan dan minuman terdapat jugak barangan lain seperti pakaian yang bergaya dan murah, seperti baju kurung, baju kebaya, baju T-shirt, seluar jeans, dan kasut.
Perhiasan diri wanita juga ada terdapat disini antaranya aksesori, seperti beg tangan, rantai leher, anting-anting, dan jam tangan.
Barang-barang keperluan rumah tangga, seperti sabun, syampu, tuala, dan lain-lain.
Kalau korang yang dah berjalan jauh dan penat berdiri lama kerana cuci mata tak tahu nak pilih barang yang sesuai dengan korang , boleh la singgah di kedai urutan kaki refleksologi di sini. Harganya sangat berpatutan.
Waktu Operasi :
Wednesday | 6 pm–12 am |
Thursday | 6 pm–12 am |
Friday | 6 pm–12 am |
Saturday | 6 pm–12 am |
Sunday | 6 pm–12 am |
Monday | 6 pm–12 am |
Tuesday | 6 pm–12 am |
Sila Klik Peta di Bawah Untuk Ke Lokasi
3. Food Truck Garden Bulatan Amanjaya
Salah satu port yang paling sempoi di Ipoh pada waktu malam, kerana lokasi yang menarik. Ianya terletak di dalam bulatan amanjaya dan berkonsep Food Truck Garden Bulatan Amanjaya.
Ia adalah sebuah taman makanan yang menjual pelbagai jenis food truck yang ada pelbagai jenis makanan dan minuman.
Korang boleh menikmati makanan dari seluruh dunia seperti burger, pizza, kebab, pasta, nasi goreng, teh tarik, aiskrim dan banyak lagi.
Food Truck Garden Bulatan Amanjaya bukan sahaja tempat makan malam, tetapi juga tempat bersantai dan berhibur.
Kat sini korang boleh menonton persembahan live band yang mainkan lagu-lagu popular setiap malam.
Tempat ini adalah port yang sesuai untuk anda yang ingin mencuba sesuatu yang baru dan berlainan di Ipoh.
Bukan sahaja tempat untuk menjamu selera dengan pelbagai pilihan makanan dan minuman.
Happy dengan kawan-kawan atau keluarga, dan mengalami budaya food truck adalah aktiviti yang semakin popular di Malaysia.
Waktu Operasi :
Wednesday | 6 pm–12 am |
Thursday | 6 pm–12 am |
Friday | 6 pm–12 am |
Saturday | 6 pm–12 am |
Sunday | 6 pm–12 am |
Monday | 6 pm–12 am |
Tuesday | 6 pm–12 am |