Food Bazaar Subang Perdana
Korang tak tahu nak makan apa dengan keluarga atau kawan-kawan semasa korang datang ke Shah Alam? Datanglah ke Food Bazaar Subang Perdana ! Di sini ada seratus pilihan makanan dari serata dunia – Korea, Jepun, Indonesia, Arab,
Western dan juga tentulah makanan Malaysia yang sedap-sedap seperti ikan bakar, nasi ayam,nasi campur, nasi lemak, char kuey teow dan banyak lagi!
1. Rasai Keunikan Beratus Hidangan Makanan Di Food Bazaar Subang Perdana
Tahap Kebersihan dan Bermutu Tinggi
Korang boleh dapatkan nasi ayam di Food Bazaar hanya dari RM6.50, mana lagi nak mencari
harga rahmah macam ni? Harga yang sangat berbaloi di tempat makan yang selesa dan bersih.
Min ada tengok dapur dan tandas mereka pun bersih tau! Makanan pun siap hantar ke meja
bukan macam food court lain. Bestkan tempat makan macam ni?
Pelbagai Jenis Makanan
Mana boleh panggil nama “bazaar” kalau tak ada macam-macam jenis kedai? 16 gerai di Food
Bazaar ini menyediakan pelbagai jenis makanan dari pelbagai buana. Jom tengok pilihan yang
paling best pada setiap waktu:
- Sarapan Pagi
- Dibuka dari 8 pagi, korang boleh isi perut sebelum masuk kerja dengan aneka
kuih muih, nasi lemak dan mi goreng yang sedap-sedap.
- Makan Tengah Hari
- Nasi Campur yang paling berbaloi di sekitar kawasan! Min challenge korang
cari nasi campur lebih murah dari RM6.90, ha, nilah harga nasi dan lauk korang
boleh dapat dengan nasi yang banyak dan lauk yang mengenyangkan.
- Minum Petang
- Nak mengeteh tapi ada RM2 je? Kat sini boleh! Harga minuman panas dari
RM1.90 dan minuman sejuk hanya dari RM2.90. Mereka pun ada promosi
bulan pertama buka kedai, air teh dan kopi RM1 (ya betul, satu ringgit) sahaja!
- Makan Malam
- Waktu malam merupakan masa untuk berehat dan tengok bola dengan skrin
projector yang dilamparkan di luar Food Bazaar. Jangan lupa order ikan bakar
dia tau! Tempat makan best ni menyediakan “atmosphere” yang santai untuk
anda berkunjung dengan kawan-kawan dan keluarga.
Cashless Option
Dah seronok makan tapi tak cukup duit dalam dompet? Jangan risau, tak perlu mencari ATM
untuk keluarkan duit kerana anda boleh bayar menggunakan fasiliti cashless di Food Bazaar.
Lagi senang!
Cawangan Akan Datang
Min dah rasa makanan sedap-sedap di cawangan Subang Perdana dan tak sabar untuk melawat
cawangan mereka yang lain akan dibuka pada tahun 2024. Pastikan anda singgah bila Food
Bazaar secara rasminya dibuka! Mereka beroperasi dari 8 pagi hingga 12 tengah malam setiap
hari. Semua dijemput hadir jadi tunggu apa lagi guys? Jangan lepaskan peluang ni okay!
- Food Bazaar Subang Perdana – Dibuka pada Disember 2023
- Food Bazaar Chow Kit – Dibuka pada Januari 2024
- Food Bazaar KL Eco City – Dibuka pada 2024
- Food Bazaar Kota Damansara – Dibuka pada 2024
Location & Info
Food Bazaar Subang Perdana
📍Jalan Dinar U3/D, Taman Subang Perdana, 40150 Shah Alam, Selangor 🗺️
Google Maps: Food Bazaar Subang Perdana
⏰Waktu Operasi: 8 pagi hingga 12 tengah malam, 7 hari seminggu
📲Phone: 012-9218302
📲Instagram: Food Bazaar
📲Facebook: Food Bazaar
📲TikTok: Food Bazaar
Waktu Operasi ;
Wednesday | 8 am–12 am |
Thursday | 8 am–12 am |
Friday | 8 am–12 am |
Saturday | 8 am–12 am |
Sunday | 8 am–12 am |
Monday | 8 am–12 am |
Tuesday | 8 am–12 am |